Facebook Badge

shopping jom =)

Friday, July 31, 2009

~kenak aienn mok jadi chekgu ~

Posted by aienn at 12:16 PM 2 comments

~KISAH AIENN DAN CITA -CITA ~




Dengar la dlok cerita sebelum saya mdh ngn awak kenak saya jadi cekgu

al kisah la pada suatu hari.....

Time tedika....

Insan yang bernama NURAIN DOLHAN tok dolok...time kecik2 nya mok jadi nurse...
kenak? sebab, nya tok perasan nak jadi puteri kayangan....nurse kan ada pake benda cam crown kat kepala ya....ylah nya suka...kdak puteri kayangan la kunun tek...alu la mok jadi jururawat...padahal x juak la tauk apa fungsi benda atas palak nurse ya....apa fungsi nya o??ktorg tauk ka?

Time sekolah rendah(darjah 1 - 3 )....

Time ya minat gila ngn subjek matematik lah tek...kenak? sebab...cikgunya pakcik aienn mpun...time pnp....salunya chekgu ismail tok tek beri coklat kepada sapa2 yang bleh hafal sifir. Time ya ng gila la mkn coklat....bila cekgu dah polah cmya rajinla hafal sifir tek nak...~~~tp sebenarnya mok coklat jak pun...almaklumla time ya ng jrg la bpk bli coklat...beli kismis maoklanya,coklat x mok nya....

Disebabkan minat subjek ya tek....alula mak aienn padh....jadi akauntan jak la..
ble pegang duit ari2...hahak...tapi time ya...ng x tauk pa reti akauntan ya...(malunya..)
Aok jak la si aienn tok tek disuruh maknya jadi akauntan walaupun x tauk pa kebenda akauntan ya...tapi dh lmk2 bok tauk pa retinya....

Time sekolah rendah juak (darjah 4 - 6)

Tok agikla lucu....time umur2 tok la.....si aienn tok suka baca buku....ng rajinla nya baca buku time ya...(knek rajin x ow???cm mls jak) time ya crita feveret nya crita sal penyiasatan...cam siri salma,siri 7 penyiasat, hardy boys, siri hadi...mcm2 la tek....arum bulaknya...habis buku penyiasatan kat lam lebry SK Lebai ya aku dah bis baca....

Sebab pengaruh cerita ya tek nak.....alu la aienn minat mok jadi penyiasat...mun time ya nya pdh org cita2 penyiasat ng org akan netaknya...mungkin aienn tok lembik cm lumek kali...ylh org pndng rendah ngn nya....tapi x pa....dengan semngt yg xbrapa nk kuat...nya janji nya akan buktikn ngn org2 yang tetak ngn nya ya.....

Time sekolah menengah...


Time tokla mula kekeliruan identiti berlaku...xtauk la mok jadi apa time ya..hidup pun berlalu cmya jak...sa cm xda papa yg mok diingat coz xda yg menarik glak...cita2 pun xda......tapi aienn ng struggle la mok blaja time ya....biarpun xda tujuan...ylah menyebabkan hidup aienn gila boringnya time ya kali...xda glk yg mok diingat..(nurd time ya...mena...xbulak ku...)

Smpela satu hari kan...ada la seorg hamba Allah tok yang telah menyebabkan aienn mok jadi cekgu...sama2la berjanji kununnya tek....tup2 smpela time spm blaja la rjin2 mok jadi cekgu tek....kuar tek alhamdulillah...bgus la juak tek nak....

Selepas habis sekolah....

sementara tunggu masuk maktab tek kan....masukla matrik dlok.....sebulan pasya...syukur...dptla masuk IPS.....yg org dengan berjanji tek pun masuk upsi n x lmk pasya alu la hilang dah jodoh.....

3 buln kemudian...
bertemu la dengan sorg insan yang sama2 sama menuntut di IPS..Dah nama pun jodoh tek kan....trus la terhanyut ke lembah percintaan ngn insan ya tek..and smpe la kinek...

Setelah mengenali insan ya tek nak....barula aienn sedar...mulianya jadi chekgu tok...boh la jadi chekgu semata-mata kerana org lain...sebab tok jalan yang kita pilih sendirik...ikhlaskanlah ati...xrugi jadi chekgu tok..byk benda yg nya xpat blaja kt tempat lain ada kat IPGM miri tok…
Selain ya...aienn juak rasakan yang mun jadi chekgu nk, dapat juak beribadah...dapat juak menghapuskan dosa2nya yang lalu....kan umat islam tok akan dityk time mati lak...ada x kita memanfaatkan ilmu time hidup di dunia tok nak?...jadi...jadi chekgu la yang TERBAEK bagi aienn...
Barulah nya tersedar....TUHAN telah mantakdirkan jalan hidup nya camtok sebab TUHAN nang tauk apa yang terbaik untuk nya...wlaupun kita x suka sesuatu ya tapi x semestinya benda ya xbgus untuk kita and wlaupun sesuatu ya kita mok gilak2,xsemestinya benda ya yang terbagus untuk kita...
Oleh itu...syukur lah dengan apa yang kita ada kinek...
Biarpun x brapa tercapai cita2 mk jadi org kaya-kaya mun dah besar lak....tapi mun dipike2 apa gilak la harta dunia tok...xda juak di embak mati...kan2?
Cukupla mun dah jadi chekgu lak ble menyara keluarga n diri sendiri...nk????

KESIMPULAN
Kawenla kita sesama chekgu kerana ia bgus untuk masa depan kita...terjamin doe...
haha~~~~

~Surah YASIN ~

Posted by aienn at 11:48 AM 0 comments
~ Manfaat Surah Yassin ~

"Manfaat Surah Yassin" : RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin karena ia mengandungi keberkatan", yaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkawin akan mendapat
jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaantakut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin.

Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang
ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:

"Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, July 29, 2009

~cahaya,kala dan azan~

Posted by aienn at 11:55 PM 1 comments
~Tiga Cahaya Di Hari Kiamat~


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

~AZAN~

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut Menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami.... Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."



~ sama-samalah kita beringat ~

Posted by aienn at 11:27 PM 0 comments

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.


TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.


BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran


BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti


TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT

Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat


BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi


TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT

Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina


MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim


KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS

Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya


GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN

Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.


Wallahualam.....

~ kembar ke ?? ~

Posted by aienn at 5:31 PM 9 comments
~ SAMAKA ? ~
sorang nama nurain, sorang gk namanya nuraziemah.... org padh mek duak sama....menaka??? salu jak org konfius ngn mek duak...dah la salu jalan sama... azie tok nya pendek kit dari aienn... bak kata sidaknya plu pastikan btul2 sebelum menyergah AZIE... tkut tersergah AIENN... haha...ada ka ptut...ktorg pande nilai sendiri la....dah besar juak nak...~~


LIHAT GAMBAR SATU

~ANNUAL DINNER~



GAMBAR 2 GK....
~KEJOHANAN OLAHRAGA~



GAMBAR 3

~MAULIDUR RASUL~




Eh??? sik sama punnnnn~~~~

~ crita sal MILO ~

Posted by aienn at 5:02 PM 0 comments

~ LAWAK PULO BORNEO ~

Pak Seman diam nun di kampong belah semerahan nun. ranto kampong tambirat. Nya ya duda, ada anak 3 urang; Ali, Bakar ngan Abu. Anak-anaknya dah bujang dah, macam urang mudak lain, cam biasalah, ujong minggu maok kayo-kayo pegi tHe Spring.

Pak Seman mesan lah ngan anak-anak bujangnya gitok. Tauk bah sidak urang laut, so, nya mesan ngan anak-anaknya gitok.

" o jangg, tak uraeng tuk pegi Sepering nun, jago kit kakar tak urang yo.Kakar tak urang yo jago kit. Jangan kakar piyor kampoueng lak. Jago kit bahaso tok rang yo. Bunyi tak urang kakar yo mesti bunyi cam urang Kucheing kit."

" aok pak, mupuok lok mek urang tuk" kata dak anaknya tek.Dah sampey ke Spring tek, jaoh perjalanan bah. Kepak nyawa, rasa haus,anaknya bersusey sama dirik, maok minum siney.

" Ali, Abu, tak urang tuk endak haus kah? Udah kayo-kayo tuk, katuk aku lanja tak uraeng minum" kata Bakar tek.

" Cah lak miker tuk. Banyak lak kedey situk, nok ney kito gi tuk?" kata Abu ngan Ali.

" kito gi kedey nun. Ku suko nar kedey ado ngesow-ngesow gambar ikan. Lamak udah kito ndak gi laut. Ne endak, ari endak bukak jak-jak" Kata Bakar sambil nunjok ke Manhattan Fish Market.

Dudoklah sidak tek, nunggu orang kedey datang. Sidak maok order tapi sempat juak Abu berbisit ngan dak adik-adiknya.

"tak uraeng, jago kit kakar kito tuk, sak bunyi cam urang Kucheing kit" kata Abu.

" Can I take your order please?" kata orang kedey ngan sidak 3 ya.

" kamek maok…aek tehhh" kata Ali, dapatnya kaber bunyi urang laut.

"kamek maok….aek kola" kata Bakar boleh tahan, sebab dapat napok bunyi

kakar laut.

"kamek maok…aek…aek.aaaa....aek mila" si Abu gik order.

"aek mila?" orang kedey nanyak balit

"aok, aek milaa.." kata Abu.

"aek mila ya apa?" tanyak urang kedey ya ngan Abu.

"nak nun bahhh, rona ijoww tinnyo yo" sambil nunjok orang ngeybeng plastic

berisik tin Milo. Alu keluar slang urang lautnya tek.

"oOoOo…aek milowww" kata Ali ngan Bakar. Paduhal, Abu sikmok nyebut word

MILO tegal bunyi cam urang lauttt..alunya order aek MILA.

Kesimpulan:

1. Jangan malu dengan asal-usul kita.

2. sekda aek milo rah Manhattan ya koh

~ yer deh _ yer deh ~

Posted by aienn at 1:46 AM 6 comments
~ 5 tahun lagi ~


aienn kawen sama saiful....



maka akan wujudlah....

~ saiful junior ~


hehe~~~~

Tuesday, July 28, 2009

~ cinta oh cinta ~

Posted by aienn at 11:19 PM 0 comments

Apa itu Cinta?

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya
cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu
tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta
tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.
Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.
Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.
Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.
Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

~TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI~

Posted by aienn at 5:54 PM 0 comments
~ tanda 100 hari sebelum kematian~

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan = bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk akan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak sama-sama kita fikirkan.

~KEMATIAN ITU SEMAKIN HAMPIR IBARAT JARAK ANTARA SUARA AZAN DAN SOLAT. HANYA MANUSIA TIDAK MAHU BERFIKIR SAHAJA MENGANGGAP HIDUP INI TERLALU LAMA. SEDANGKAN AJAL MAUT BERLEGAR-LEGAR DI ATAS KEPALA TANPA MEREKA SEDARI. SESUNGGUHNYA, KEMATIAN ITU ADALAH SESUATU YANG PASTI. WALLAHUALAM~

Sunday, July 26, 2009

~ ruangan berjiwang ~

Posted by aienn at 9:34 PM 4 comments

Make Love Letters at WiddlyTinks.com


~ siapalah saya tanpa mereka ~

Posted by aienn at 8:16 PM 6 comments
~Insan-insan yang saya sayangi~


yer deh....kimsalam ar!!!
haha...tok rumet saya...
kiut alu jak saya sia berbanding dengan rumet saya...

boh marah ah~ =P




kami berkawan baik...
sama sedarjah...

~saya dan kehidupan saya~

Posted by aienn at 4:11 PM 0 comments


aku org biasa jak punnn....
family pun sederhana jak...
tapi aku akan jadi org penting satu hari kelak....
lepas bis blaja kat smk lundu...trus masuk ip sarawak...
opsyen math gk ya...
mula2 x la seronok gilak...mkin lmk mkin best tinggal sitok...
mcm2 ku dah blaja sitok....maklumla bok penah tinggal jaoh tek nak...
lak ku smbung cita gk k...hehe









tok family aku.....
adik beradik 3 besar,3 kecik...
~saya cintakan mereka~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ hikayat putri aienz Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal